Visi, Misi, Objektif dan Nilai Bersama NRES — Alam Semulajadi Tanggungjawab Bersama
Visi
Ke arah pengurusan sumber asli dan alam sekitar yang lestari dalam menangani krisis planet
Misi
  1. Memelihara dan memulihara kawasan hutan, kepelbagaian biologi dan warisan geologi serta mengurus sumber mineral secara optimum, mampan dan bertanggungjawab
  2. Melindungi dan mengurus alam sekitar, memacu tindakan iklim dan memangkin pertumbuhan hijau
  3. Memperkasa pentadbiran dan pengurusan tanah serta memperluas jaringan maklumat spatial
Objektif
  1. Memperkasa amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan meningkatkan konservasi kepelbagaian biologi
  2. Meningkatkan kualiti udara dan air sungai, kadar kitar semula buangan terjadual, penerapan ekonomi kitaran plastik serta advokasi gaya hidup hijau
  3. Mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) dan meningkatkan daya tahan iklim
  4. Membangun industri mineral negara dan mengurangkan risiko bencana geologi
  5. Meningkatkan kecekapan pengurusan tanah persekutuan dan perkongsian data geospatial
Nilai Bersama
  • N – Nilai lestari
  • R – Responsif
  • E – Efisien
  • S – Sistematik
Perlukan bantuan?
Tanya saya!

Agen Lestari
Agen Lestari