Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan ialah komitmen bertulis Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terhadap penyampaian perkhidmatan yang mematuhi standard kualiti yang ditetapkan, selaras dengan harapan pelanggan.
14 janji perkhidmatan
| Bil | Janji Piagam Pelanggan | Bahagian / Unit |
|---|---|---|
| Sektor Sumber Asli | ||
| 1 | Memberi maklum balas mengenai isu/aduan berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah milik Persekutuan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen diterima | Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial |
| 2 | Memberi maklum balas keputusan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap Permit Khas di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] | Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan |
| 3 | Mengeluarkan keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. | Bahagian Mineral dan Geosains |
| 4 | Menyediakan maklumat geospatial melalui ketersediaan aplikasi carian maklumat geografi sehingga 97.5 peratus. | Pusat Geospatial Negara |
| Sektor Kelestarian Alam | ||
| 5 | Memberi maklum balas / ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan alam sekitar | Bahagian Pengurusan Alam Sekitar |
| 6 | Memberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan perubahan iklim dan inisiatif lestari. | Bahagian Perubahan Iklim |
| Sektor Pengurusan | ||
| 7 | Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari. | Bahagian Kewangan dan Perolehan |
| 8 | Mengeluarkan surat arahan Penempatan dan Pertukaran Pegawai dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pegawai melaporkan diri | Bahagian Pengurusan Sumber Manusia |
| 9 | Memastikan aduan ICT yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan IT dalam tempoh 5 hari bekerja mengikut kompleksiti dari tarikh aduan | Bahagian Pengurusan Maklumat |
| Bahagian/Unit di Bawah KSU | ||
| 10 | Memberi nasihat undang-undang/menyemak dokumen perundangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap manakala bagi isu dan dokumen perundangan yang lebih kompleks, dalam tempoh 1-3 bulan dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap | Pejabat Penasihat Undang-Undang |
| 11 | Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan integriti yang diterima a. Mengemukakan akuan penerimaan kepada pengadu – Tempoh: Satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima. b. Mengemukakan aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan dalam tempoh: Tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima. | Unit Integriti |
| 12 | Menyediakan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklum balas diterima | Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa |
| 13 | Menyedia dan mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum atau pada 31 Januari setiap tahun semasa | Unit Audit Dalam |
| 14 | Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja. | Unit Komunikasi Korporat |