Akaun
Pengenalan
Objektif
- Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Kementerian
- Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin
- Menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam budaya kerja Kementerian
- Membentuk personel IT yang mahir dan kompeten
Fungsi
- Membangun, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian
- Memperkukuhkan polisi ICT dan tadbir urus pendigitalan ke arah keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan
- Merancang, membangun, memperluas dan menyelenggara sistem aplikasi / portal bagi menyokong fungsi dan operasi Kementerian
- Mengurus, menyokong dan memantau pelaksanaan inisiatif agensi pusat di Kementerian, Jabatan dan Agensi
- Merancang dan melaksanakan pembangunan kapasiti ICT
- Merancang dan melaksanakan proses perolehan ICT, penyelenggaraan dan pelupusan peralatan ICT
- Meningkatkan keupayaan pengurusan dan operasi Kementerian melalui penggunaan ICT
- Membangun, menyelenggara dan memperkukuh keupayaan rangkaian kawasan setempat, rangkaian kawasan luas dan Pusat Data Kementerian dan Jabatan/Agensi
- Mengawalselia keselamatan ICT selaras dengan garis panduan keselamatan ICT yang berkuatkuasa
- Mengurus dan mentadbir data dan analitik data raya Kementerian
- Menyediakan kemudahan sokongan teknikal dan khidmat nasihat berhubung pelaksanaan ICT di Kementerian dan Jabatan/Agensi
Perlukan bantuan?
Tanya saya!Agen Lestari