Memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan.
Memastikan semua urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
Melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran dan bersikap positif melalui program latihan berkualiti.
Memastikan keutuhan organisasi dan sumber manusia yang kompeten, berdisiplin serta bermotivasi.
Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmoni yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi.
Fungsi
Merancang keperluan pembangunan sumber manusia serta merangka pembangunan organisasi selaras dasar JPA.
Menyediakan Pelan Operasi Latihan (POL) dan mengendalikan program latihan dalaman serta menyelaraskan penyertaaan biasiswa agensi luar.
Menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan menyelaraskan aktiviti pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
Mengurus, menyelaras dan Urus Setia Majlis Bersama Jabatan di peringkat Kementerian.
Menguruskan perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian/ Jabatan.
Melaksana urusan pengambilan bagi jawatan tidak tetap.