Memastikan inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salahlaku dan tindakan punitif dilaksanakan dengan lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Fungsi
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.