Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem kawalan dalaman dan operasi organisasi ke atas hasil, perbelanjaan dan aset Kerajaan
Menilai sejauh mana program dan aktiviti organisasi diuruskan dengan cekap, ekonomi dan berkesan
Membantu pihak pengurusan atasan menentukan pengurusan kewangan dijalankan selaras dengan polisi, undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan
Menentukan operasi kewangan Kementerian dan jabatan/agensi diurus dan ditadbir dengan teratur serta memastikan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan-peraturan ditetapkan dipatuhi
Fungsi
Menentukan kewujudan kawalan dalaman, kesempurnaan sistem dan rekod yang diselenggara termasuk sistem teknologi maklumat
Mengkaji dan menilai secara teratur dan sistematik terhadap operasi Kementerian dari segi ekonomi, kecekapan dan keberkesanan
Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan operasi Kementerian dan jabatan/agensi di bawah kawalannya
Melapor kepada Pengurusan Tertinggi hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan
Mengurus dan memantau hal ehwal keselamatan fizikal, infrastruktur, penyelenggaraan, utiliti dan fasiliti Kementerian
Memberi maklumat kepada MOF bagi membantu, mengulang kaji dan menilai dasar kewangan, prosedur, sistem serta skop UAD
Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA)