Pengenalan

Tabung Amanah Konservasi Sumber Asli Nasional (NCTF) telah ditubuhkan bagi membiayai penyelidikan, pembangunan, pengurusan, perlindungan, adaptasi dan mitigasi kepada perubahan iklim, kesedaran dan usaha-usaha konservasi di dalam negara.

Objektif

  1. Melaksanakan pelan konservasi jangka panjang bagi menyokong pengurusan sumber asli;
  2. Menyokong Pengurusan Hutan Secara Berkekalan;
  3. Melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pengurusan sumber asli dan konservasi;
  4. Menyokong pembangunan kapasiti bagi melaksanakan obligasi dan komitmen negara di bawah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala; dan
  5. Menyediakan mekanisme untuk menerima dan menyalurkan dana bagi menyokong pengurusan sumber asli dan konservasi biodiversiti.

Bidang Fokus

Bidang Fokus 1: Pengurusan Sumber Asli

  • Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi kawasan-kawasan berkepentingan biodiversiti dan kawasan sensitif alam sekitar;
  • Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti in-situ termasuk ekosistem dan spesies;
  • Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengurus, memantau dan melindungi biodiversiti ex-situ termasuk spesies tempatan dan genetik; dan
  • Projek dan aktiviti-aktiviti mitigasi kepada perubahan iklim untuk mengarusperdana konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan.

Bidang Fokus 2: Penyelidikan dan Pembangunan

Pembiayaan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam bidang saintifik, teknologi dan sosio-ekonomi berkaitan konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan selaras dengan dasar-dasar berkaitan konservasi serta komitmen negara di bawah forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala.

Bidang Fokus 3: Pembangunan Kapasiti

  • Projek dan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan dan latihan dalam bidang konservasi biodiversiti dan pengurusan sumber asli secara mampan termasuk pengukuhan dan pemahaman mengenai dasar-dasar, undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan obligasi negara di dalam forum dan perjanjian alam sekitar pelbagai hala;
  • Projek dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam melalui pendidikan, latihan dan pembangunan kapasiti termasuk menyokong kempen bagi perlindungan dan konservasi;
  • Projek dan aktiviti-aktiviti bagi memupuk pemahaman dalam pelaksanaan, penguatkuasaan dan penambahbaikan polisi, akta, peraturan dan garis panduan dalam bidang konservasi; dan
  • Penganjuran seminar, kursus, bengkel, persidangan dan kolokium yang dibiayai oleh NCTF.

Bidang Fokus 4: Mekanisme Pembiayaan Berkekalan

Projek dan aktiviti-aktiviti untuk melaksanakan mekanisme pembiayaan berkekalan serta perkongsian faedah kewangan dan sumber-sumber lain di antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Permohonan

Kelayakan Memohon

Organisasi berikut layak untuk memohon pembiayaan daripada NCTF:

  • Agensi Kerajaan;
  • Institut Penyelidikan dan Pusat Pengajian Tinggi; dan
  • Badan Bukan Kerajaan Tempatan, organisasi berteraskan komuniti, organisasi awam.

Cara Memohon

  1. Kemukakan permohonan secara e-mel dan salinan cetakan kepada Sekretariat menggunakan format yang disediakan.
  2. Muat turun borang permohonan dan garis panduan permohonan NCTF di bahagian Dokumen di bawah.
Tarikh permohonan dana Tabung Amanah NCTF ditutup pada 31 Oktober 2025.

Hubungi Kami

Sekretariat NCTF
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Bahagian Pengurusan Perhutanan
Aras 6, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000 Putrajaya, Malaysia

Tel.: 03-8091 7435 / 7436
E-mel: nctf@nres.gov.my

Perlukan bantuan?
Tanya saya!

Agen Lestari
Agen Lestari