Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan ialah komitmen bertulis Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terhadap penyampaian perkhidmatan yang mematuhi standard kualiti yang ditetapkan, selaras dengan harapan pelanggan.
Jumlah transaksi/kes yang menepati standard janji Piagam Pelanggan bagi tempoh berkenaan.
| Bahagian / Unit | Janji Piagam Pelanggan | Menepati Standard Jan – Jun 2025 | Menepati Standard Jul – Dis 2025 |
|---|---|---|---|
| Sektor Sumber Asli | |||
| Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial | Memberi maklum balas mengenai isu/aduan berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah milik Persekutuan dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh dokumen diterima | — | Belum dilaporkan |
| Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan | Memberi maklum balas keputusan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan lengkap Permit Khas di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] | 4 | Belum dilaporkan |
| Bahagian Mineral dan Geosains | Mengeluarkan keputusan permohonan permit eksport mineral dan bahan batuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja. | 843 | Belum dilaporkan |
| Pusat Geospatial Negara | Menguruskan permohonan dan pelepasan data geospatial dalam tempoh 10 hari bekerja | 21 | Belum dilaporkan |
| Sektor Kelestarian Alam | |||
| Bahagian Pengurusan Alam Sekitar | Memberi maklum balas / ulasan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan alam sekitar | 300 | Belum dilaporkan |
| Bahagian Perubahan Iklim | Memberikan maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen / emel berkenaan pertanyaan, perkara dan isu yang melibatkan perubahan iklim dan inisiatif lestari. | 47 | Belum dilaporkan |
| Sektor Pengurusan | |||
| Bahagian Kewangan dan Perolehan | Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari. | 46,663 | Belum dilaporkan |
| Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | Mengeluarkan surat arahan Penempatan dan Pertukaran Pegawai dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh pegawai melaporkan diri | — | Belum dilaporkan |
| Bahagian Pengurusan Maklumat | Memastikan aduan ICT yang diterima diambil tindakan dalam tempoh 1 hari bekerja dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan IT dalam tempoh 5 hari bekerja mengikut kompleksiti dari tarikh aduan | 94% | Belum dilaporkan |
| Bahagian/Unit di Bawah KSU | |||
| Pejabat Penasihat Undang-Undang | Memberi nasihat undang-undang/menyemak dokumen perundangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap manakala bagi isu dan dokumen perundangan yang lebih kompleks, dalam tempoh 1-3 bulan dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap | 152 | Belum dilaporkan |
| Unit Integriti (a) | Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan integriti yang diterima a. Mengemukakan akuan penerimaan kepada pengadu – Tempoh: Satu (1) hari bekerja selepas aduan diterima. | — | Belum dilaporkan |
| Unit Integriti (b) | Menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan integriti yang diterima b. Mengemukakan aduan kepada pihak berkaitan untuk tindakan dalam tempoh: Tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima. | 7 | Belum dilaporkan |
| Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa | Menyediakan maklum balas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh maklum balas diterima | 10 | Belum dilaporkan |
| Unit Audit Dalam | Menyedia dan mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum atau pada 31 Januari setiap tahun semasa | 5 | Belum dilaporkan |
| Unit Komunikasi Korporat | Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja. | 461 | Belum dilaporkan |